Daging lembu Sendai, daging lembu yang menjadi kebanggaan Miyagi kerana berkualiti tinggi dan rasanya yang terjamin.
Terdapat lebih 200 jenama daging lembu di seluruh negara. Diatara daging lembu Jepun yang dibesarkan di Miyagi, hanya "daging lembu Sendai" diperakui dengan penarafan tertinggi A5 dan B5. Daging lembu Sendai adalah satu-satunya jenama daging lembu yang menetapkan syarat-syarat ketat di seluruh negara. Jerami padi berkualiti baik, air yang lazat, dan persekitaran semula jadi Miyagi yang bebas tekanan. Usaha gigih pengeluar dan baka lembu yang baik adalah berkait rapat dalam pengusahaan daging lembu Sendai, daging lembu Jepun berkualiti tinggi yang menjadi kebanggaan Miyagi. Oleh kerana bekalannya yang stabil, ia menjadi tarikan kepada pembeli kerana harga yang lebih berpatutan berbanding daging lembu jenama lain.
Ternakan